Khairuddin Ditahan Polis Lewat Petang Tadi



KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan oleh PDRM di kediamannya di sini pada lewat petang tadi.

"Khairuddin ditahan di bawah Akta 124C atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan," kata peguam Khairudian, Matthias Chang mengesahkan kejadian.

Menurut isteri Khairuddin, Datin Seri Umie Aidi, Khairuddin ditahan di kediamannya di Mont Kiara kira-kira jam 7.30 petang tadi.

"15 orang anggota polis tiba di kawasan rumah, lima hingga enam orang anggota polis naik ke rumah dan yang lain-lain di bawah", katanya memetik laporan Astro Awani.

Umie juga berkata polis turut merampas beberapa barang peribadi termasuk komputer riba, telefon bimbit dan kad sim telefon.

Di dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau sebelum ini, Khairuddin memberitahu  pihak PDRM telah memintanya hadir ke Bukit Aman pada Isnin bagi mengambil keterangan berkenaan tindakannya menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland berhubung skandal yang membabitkan 1MDB.

Pada 20 Ogos lalu, Khairuddin menyerahkan bukti berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland dan meminta pihak berkuasa negara tersebut menyiasat aktiviti syarikat itu
Download

0 Response to "Khairuddin Ditahan Polis Lewat Petang Tadi"

Post a Comment