“KERJA MENCURI JE, TAKYAH BERANGAN NAK BERJAYA!”


“KERJA MENCURI JE, TAKYAH BERANGAN NAK BERJAYA!” “KERJA MENCURI JE, TAKYAH BERANGAN NAK BERJAYA!” adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya “KERJA MENCURI JE, TAKYAH BERANGAN NAK BERJAYA!” membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
“KERJA MENCURI JE, TAKYAH BERANGAN NAK BERJAYA!”

“KERJA MENCURI JE, TAKYAH BERANGAN NAK BERJAYA!”

“KERJA MENCURI JE, TAKYAH BERANGAN NAK BERJAYA!”- LELAKI YANG DICERCA INI KINI BERGELAR JUTAWAN


“Kau budak tak habis sekolah, kerja mencuri je, takyah berangan nak berjaya! Budak tak guna!”
Aku nak kongsikan satu kisah inspirasi, kisah benar, kisah budak jahat yang suka berangan bernama Zukermi.
Pertama, aku bukan nak buka aib sendiri, aku kongsikan ni sebagai inspirasi dan pengajaran untuk semua.
Aku share supaya lebih ramai yang sedang ‘down’ tu, akan terinspirasi. InsyaAllah.
“Kerja Mencuri Je, Takyah Berangan Nak Berjaya!”- Lelaki Yang Dicerca Ini Kini Bergelar Jutawan
“Kerja Mencuri Je, Takyah Berangan Nak Berjaya!”- Lelaki Yang Dicerca Ini Kini Bergelar Jutawan
.
Ya, dulu aku bukan budak baik, mencuri adalah kerja sambilan aku.
Sekolah sampai tingkatan 2 saja.
Saat orang semua tidur, bukit bintang jadi taman permainan aku masa remaja dulu.
Aku tak bangga dengan apa yang aku buat dulu.
Sebab aku banyak menyusahkan mak ayah aku.
Aku banyak menyusahkan orang lain.
Aku menyesal dengan perbuatan aku dulu.
Sedih bila terkenangkan banyak kebodohan dah aku buat dulu.
.
.
Tapi dalam jahat aku dulu, aku ada pasang impian.
Jangan ingat remaja tak habis sekolah, suka mencuri, nakal itu tiada impian.
Mereka semua ada impian.
Bezanya, impian itu biasanya hanya kami simpan sendiri-sendiri.
Sesuatu yang kami malu nak kongsikan dengan orang lain. Sebab apa?
Sebab orang akan gelakkan impian kami.
“Budak bodoh jahat macam kau nak kaya dan berjaya? Boleh mimpi!”
Dalam mereka gelak, mungkin atas inilah monolog mereka ketika itu.
.
.
Tak lama lepas tu, di saat aku rasa aku dah jauh sangat sesat dalam dunia aku, aku rasa aku kena buat sesuatu.
Seperti ‘dirasuk’ dengan satu semangat, aku akhirnya buat sesuatu untuk capai impian karut aku!
Aku tak peduli apa orang nak kata.
Aku tak fikir pun sama ada aku akan berjaya ke tak.
Aku tak fikir pun kemampuan aku masa tu.
Aku tak pandang ke belakang dah.
Aku mula langkah pertama aku dengan berniaga online.
.
.
Bermula dari saat tu, aku macam satu keretapi yang tak boleh berhenti.
Kejayaan kecil demi kejayaan kecil, seolah menolak aku untuk terus cuba dan mencuba.
Ketika tu aku sedar satu perkara,
Budak jahat, budak tak habis sekolah, budak tak guna, juga mampu untuk buat sesuatu untuk capai impian dia!
Rasa seperti kisah dongeng!
.
.
Dipendekkan cerita,
Dari jual produk orang tanpa modal, hari ni, budak tak guna ni dah mempunyai syarikat yang dah keluarkan produk kecantikan sendiri.
Dari pernah meminta sedekah untuk beli rokok, budak tak guna ni dah berjaya capai jualan jutaan Ringgit.
Dari mula menjual online di Cyber Cafe, budak tak guna ni dah ada office sendiri dengan staffnya sendiri.
Dari hanya berjalan kaki dan menaiki bas, budak tak guna ni dah ada dua kereta impiannya sendiri.
Dari tidur di surau stesen bas, budak tak guna ni dah ada hampir 9 buah rumahnya sendiri. (1 duduk, 8 lagi sewakan)
Dari hanya mengecewakan ibu bapanya, budak tak guna ni dah berjaya gembirakan ibu bapanya.
Dari hidup tak tentu arah seorang diri, budak tak guna ni dah ada seorang isteri yang terbaik.
Dari hanya mencuri, budak tak guna ni berpeluang untuk memberi pula pada orang lain.
Alhamdulillah. Semua ni takkan terjadi tanpa bantuan dan keizinan Allah swt. Subhanallah.
.
.
Apa yang aku cuba sampaikan,
Jangan biarkan kisah gelap kita halang kita berimpian!
Jangan biarkan kebodohan terdahulu buat kita rasa kita bodoh selamanya!
Jangan biarkan pandangan jijik orang pada kita buat kita lemah!
Jangan malu nak berimpian walaupun tiada segulung ijazah!
Jangan sesekali rasa nasib kita sentiasa di bawah.
.
.
Allah swt dah susun sehabis cantik perjalanan hidup kita.
Di saat Allah swt ingin curahkan rezekinya pada kita, kita pasti akan rasakan semua itu seperti bermimpi.
Semalam poket kita kosong, esoknya boleh jadi sepenuh-penuhnya, mencurah-curah.
Hari ni orang hina kita, esoknya boleh jadi orang pandang tinggi pada kita.
Hari ni kita rasa sedih, esok kita boleh jadi gembira tak terhingga.
.
.
Percayalah, sesiapa saja layak berimpian untuk berjaya.
Baik dia itu bekas penjenayah, baik dia itu pengemis, baik dia sesiapa pun. Jangan sesekali bunuh impian orang lain.
Lagi-lagi orang yang bermasalah, macam aku dulu.
Sebab hakikatnya, impianlah akan jadi pendorong untuk orang seperti ini berubah.
Jika impian mereka ditertawakan, tiada lagi impian dan mereka akan kekal jadi sebegitu.
Sentiasalah bersangka baik dengan Allah swt.
Dan ingat, impian adalah sia-sia tanpa tindakan.
.
.
Mulakan sesuatu hari ni.
Kejarlah ilmu, belajarlah, usahalah.
Jika orang jahat, budak bodoh tak habis sekolah, tak guna seperti aku boleh, kenapa tidak anda?
.
Muhammad Zukermi Bin Edi
Universiti Jalanan 
24 tahun
.
P/S: Share-kan jika anda ingin inspirasikan orang lain yang sedang down terkenangkan kebodohan diri.
sumber web : terbakor

“KERJA MENCURI JE, TAKYAH BERANGAN NAK BERJAYA!” ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark “KERJA MENCURI JE, TAKYAH BERANGAN NAK BERJAYA!” and get update.
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor
Download

0 Response to "“KERJA MENCURI JE, TAKYAH BERANGAN NAK BERJAYA!”"

Post a Comment