## Bermula hanya dengan rasa tidak sedap badan seterusnya membuat pemeriksaan doktor, Lana Nodin kini disahkan hamil dan pastinya suami, David McKienzie turut gembira dengan berita tersebut.
“Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi itu semua ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur. Jika difikir balik, semua itu ada hikmah kerana usia kami bukannya muda lagi”
“Sekiranya dua tahun dari sekarang baru nak dapat anak, saya rasa agak lambat juga. Apatah lagi saya mahukan empat anak,” jelas Lana di mana kandungannya kini sudah memasuki trimester kedua kepada Harian Metro.
## Selain itu, menurut Lana dia tidak kisah untuk mengikuti di mana suaminya akan bertugas untuk menjadi jurulatih namun jika boleh, pelakon ini ingin bersalin di Kuala Lumpur dan perkara tersebut tidak dihalang oleh David.
## Tambah Lana, dia turut mengalamai alahan apabila melihat spaghetti berwarna hijau malah dalam masa yang sama boleh makan makanan pedas sedangkan sebelum ini dia langsung tidak boleh menjamah hidangan yang pedas.
Sumber : http://ift.tt/18OsQoh
by noreply@blogger.com (aku newbies) via pasembur
0 Response to "TAHNIAH!! Lana Nordin Loya Tengok Spaghetti Berwarna Hijau.."
Post a Comment