WOW!!!! CHE TA DEDAH INCOME??? -Patutla Dia Belanja Mewah....Tak Sangka Sebulan Income Boleh Cecah....


Pelakon Rozita Che Wan menyedari terdapat segelintir pihak  yang mempertikaikan kemewahannya lebih-lebih lagi melihat dia kerap melancong ke luar negara selain memakai pakaian dan beg jenama mewah. Che Ta berkata, pertikaian itu semakin menjadi bualan lebih-lebih lagi dia tidak aktif dalam kerjaya seni sejak akhir-akhir ini.


“Biasalah mulut orang. Padahal ramai yang tahu  saya turut sibuk dengan perniagaan saya. Itu adalah sumber  pendapatan utama. Setakat ini saya menjalankan sebanyak empat jenis perniagaan iaitu syarikat produksi, bidang fesyen menerusi label Padusi, minyak wangi (Precious dan G0rge0us) dan tak lama lagi produk kecantikan pula,” katanya

Rozita ditemui pada majlis pelancaran dan pelantikannya sebagai duta produk Rysya. Selain Rysya, Rozita turut dilantik sebagai duta kepada 11 produk yang antaranya Logivite, Jakel, Tr0pika, str0ler Mini Cooper, Idola dan sebuah lagi jenama perabot yang akan diumumkan kemudian.......

Sementara itu, Rozita memberitahu dia masih memerima pelbagai tawaran namun tidak mempunyai masa untuk menerimanya memandangkan tempoh penggambaran menuntut masa yang lama. Che Ta akan memilih tawaran tersebut sekiranya watak yang  diberi berbeza dengan lakonannya sebelum ini, namun tetap memilih perniagaan sebagai kerjaya utama.....

“Saya fikir macam ni, jika berlakon saya raih pendapatan kira-kira RM70,000 sebulan. Tetapi dengan perniagaan, saya boleh buat sehingga RM200,000 sebulan.....

“Jadi saya fikir, lebih baik berniaga sendiri dan saya pun puas hati apabila penat lelah kita bersengkang mata sampai ke pagi berhasil. Berbeza dengan kerjaya lakonan. Tetapi lakonan memberi populariti di mana ia boleh membantu meningkatkan perniagaan yang dijalankan,” ujarnya.

sumber http://ift.tt/1tiylMH
by noreply@blogger.com (aku newbies) via pasembur
Download

0 Response to "WOW!!!! CHE TA DEDAH INCOME??? -Patutla Dia Belanja Mewah....Tak Sangka Sebulan Income Boleh Cecah...."

Post a Comment