INILAH KATAKATA DAN PESANAN TERAKHIR ALMARHUM TUNKU ABDUL JALIL SEBELUM MENINGGAL DUNIA YANG AMAT SAYU DAN MENYAYAT HATI


tunku%2Bjalil%2Bkembali.jpg
Inilah kata-kata dan pesanan terakhir Almarhum Tunku Abdul Jalil sebelum meninggal dunia yang amat sayu dan menyayat hati. Tak sanggup baca pula.
“Saya mungkin di hospital bila awak datang…” pesan akhir Tunku Jalil buat Faizdickie
?cb=1448606240&a=2022Personaliti tanah air, Faizdickie atau nama sebenarnya Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 27, turut meratapi pemergian Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil yang mangkat malam tadi.
Menerusi laman Instagramnya, Faizdickie menyatakan rasa kesal kerana tidak sempat meluangkan masa untuk melawat Almarhum Tunku Jalil ketika kesihatannya semakin tenat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Jangan tunggu. Itu sahaja nasihat abang. Jangan tunggu. Kalau ada sesiapa yang patut anda jumpa, pergilah. You will never know, tulis Faizdickie sambil memuat naik sekeping gambar perbualan WhatsAppnya dengan Almarhum, dua minggu lalu.
tunku%2Bjalil4.jpg
Menurut Faizdickie, dia sepatutnya menziarahi Almarhum di hospital, dua minggu lepas ketika menghantar anak buahnya ke Segamat, Johor Bahru.
Tetapi, oleh kerana kesuntukkan masa, Faizdickie tidak sempat untuk menziarahi Almarhum pada masa itu.
Tambah Faizdickie, Almarhum juga merupakan seorang insan yang kuat dan tabah kerana apabila setiap kali bertanya mengenai kesihatannya, Almarhum akan berkata, still surviving.
pesanan%2Btunku%2Bjalil.png
Namun, pada 17 November lalu, apabila Faizdickie bertanya khabar menerusi Whatsapp, Almarhum menyatakan bahawa keadaannya semakin tenat.
Saya amat sedih dengan berita pemergiannya. Ralat sungguh hati abang. Dua minggu lepas saya sepatutnya melawat baginda selepas mengetahui bahawa Tunku sakit. Sebelum ni, setiap kali abang tanya pasal kesihatan Tunku, Tunku akan jawab ‘still surviving’. Tunku memang seorang insan yang kuat dan tabah.
Tapi, pada hari itu bila abang tanya, dia cakap dia tenat. Jadi, abang rancang hendak melawat dia masa hantar anak buah abang ke Segamat.
Tetapi malangnya, abang kesuntukan masa pada masa itu. Jadi, abang tidak sempat pergi melawat.
Membaca ayat terakhir di WhatsApp itu benar-benar menyedihkan saya. Tunku, anda berada di tempat yang lebih baik sekarang. Berehatlah Tunku Jalil,” tulis Faizdickie di laman Instagramnya.
Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun akibat kanser hati.
Sumber: Astroawani
Sumber: portalnewshub

by noreply@blogger.com (saijamoke) via ohh sem
Download

0 Response to "INILAH KATAKATA DAN PESANAN TERAKHIR ALMARHUM TUNKU ABDUL JALIL SEBELUM MENINGGAL DUNIA YANG AMAT SAYU DAN MENYAYAT HATI"

Post a Comment