INILAH SEBAB KENAPA ALMARHUM TUNKU JALIL DISAYANGI RAMAI


Tanggal 5 Disember 2015, anakanda keempat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, Tunku Jalil Mangkat setelah hampir setahun menderita kanser hati. Almarhum mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Inilah Sebab Kenapa Almarhum Tunku Jalil Disayangi Ramai
Tidak ramai sebenarnya di kalangan kerabat diraja di negara ini yang mampu berada dekat di hati rakyat.
Namun dalam kelompok kecil itu, nama Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail adalah antara yang mekar dan mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.
Justeru tidak hairanlah, pemergian Almarhum Tunku Abdul Jalil pada malam Sabtu lalu ditangisi ramai.
Berikut adalah beberapa perkara mengapa Almarhum Tunku Abdul Jalil disangangi dan disegani ramai;

PUTERA BERJIWA RAKYAT

Almarhum Tunku Abdul Jalil sewaktu hayatnya dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat. Sifat peramah membuatkan sesiapa sahaja senang mendampingi baginda. Almarhum sering ‘curi-curi’ keluar istana untuk merasai kehidupan sebagai rakyat biasa.
43.jpeg
tunku-jalil-cina-johor-compressed.jpg

SEORANG YANG BERSIFAT RENDAH DIRI

Mengetepikan darjat keluarga diraja, Almarhum Tunku Jalil sering menunjukkan keselesaan untuk tampil sebagai seorang rakyat biasa seperti menaiki kereta api, makan di gerai tepi jalan, membeli makanan di bazar dan bersantai di tepi pantai.
45.jpg
23.jpg
tunku-jalil-rumah-compressed.jpg
4.jpg

SEORANG YANG KUAT DAN TABAH

Walaupun disahkan menghidap kanser hati, tahap empat tahun lepas, senyuman manis Almarhum sering terukir di wajahnya. Kesakitan yang dihadapi tidak pernah ditunjukkan, di sebaliknya baginda telah menjalani kehidupan seperti mereka yang sihat dan kuat.
23.jpg

MENYAYANGI HAIWAN

Berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan, Almarhum pernah berkerja sebagai seorang penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.
Ia juga menunjukkan bahawa baginda amat menyayangi haiwan. Ia jelas dengan jumlah gambar yang sering dimuat naik oleh Almarhum sewaktu hayat baginda di laman Instagramnya.
Tunku Jalil.jpg
Tidak kisah liar atau jinak, Almarhum suka bergambar dengan haiwan sewaktu hayatnya.
tunku-jalil.jpg

MELAKUKAN KERJA-KERJA AMAL

Selepas disahkan mengidap barah hati, Almarhum telah menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan utuk membantu pesakit kanser di negara ini.
34.jpg
Selain itu, baginda juga telah melibatkan diri dalam beberapa kerja amal serta sering melawat pesakit-pesakit di hospital Johor untuk memberi kata-kata semangat dan membantu mereka.

SUKA MEMBANTU KAWAN-KAWAN

Almarhum membantu mempromosikan perniagaaan kawan baiknya dari sabah di fanpage facebook.
tunku-jalil-sabah-compressed.jpg

PUTERA YANG SUKA BERJENAKA

Siapa yang tidak suka dengan putera yang suka berjenaka seperti Tunku Abdul Jalil. Sewaktu hayatnya, baginda sering menjadi perhatian rakyat Malaysia di media sosial dengan aksi-aksi lucu baginda.
Paling mencuit hati ialah rakaman video Almarhum sergah seorang jururawat ketika baginda dimasukkan ke hospital.
Baginda juga suka mengusik kekandaa baginda, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dengan memuat naik rakaman video perbuatan lucunya di media sosial tanpa pengetahuan Tunku Aminah.
– Astro Awani
Kini… semuanya tinggal kenangan & memori buat semua..

AL FATIHAH

Al Fatihah.jpg
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ
” (Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah, lindungilah dan maafkanlah dia. Muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kubur, bersihkanlah dia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam syurga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka).”

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via berita rakyat
Download

Related Posts :

0 Response to "INILAH SEBAB KENAPA ALMARHUM TUNKU JALIL DISAYANGI RAMAI"

Post a Comment