KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
Menteri Besar Kedah yang baru Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. - Foto BERNAMA
Pelantikan tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan pagi Khamis.
Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan turut mengumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, juga berkuat kuasa hari ini.
Muhkriz pada 3 Februari lepas meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah tetapi menyerahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.
Ahmad Bashah yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 4 Februari di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mukhriz yang sebelum ini menyandang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. – BERNAMA
0 Response to "Belum Reda Jawatan Menteri Besar Di Ambil Alih. Mukhriz Mahathir Geleng Kepala Jawatan Tertinggi Umno Beliau Juga Di Rampas Orang."
Post a Comment