Johor Bahru: Sebuah lombong terbiar bersebelahan Larkin Sentral di sini, yang ditambak untuk projek pembangunan menjadi lokasi tumpuan orang ramai sejak dua hari lalu kerana ia dipenuhi pelbagai ikan air tawar malah ada yang ditangkap seberat kira-kira 30 kilogram (kg).
Penyelia tapak projek, Hamzah Hussin, 29, berkata, sejak dua hari lalu, lebih 100 individu memenuhi lokasi berkenaan untuk menangkap ikan.
“Kerja menambak tanah di sini sudah berjalan dua bulan dan dua hari lalu, banyak ikan seperti tilapia, patin, kaloi dan toman terperangkap di satu kawasan.
“Beberapa pekerja selain orang ramai sanggup terjun untuk menangkap ikan berkenaan,” katanya ketika ditemui di tapak projek berkenaan, semalam.
Kisah lubuk ikan itu mendapat perhatian ramai selepas gambar ikan bersaiz besar viral di laman Facebook (FB) sejak kelmarin, selain reaksi orang ramai termasuk pekerja di situ yang gembira dengan penemuan berkenaan.
Lombong terbiar itu wujud sejak 1990-an dan menyedari ancaman bahaya yang mungkin timbul, pemilik tanah memasang pagar keselamatan selain meletakkan papan tanda amaran di sekeliling lombong.
Sementara itu, maklumat pada papan tanda projek mendapati kawasan lombong berkenaan akan dibangunkan Johor Land Berhad merangkumi rumah kedai tiga dan empat tingkat selain pencawang elektrik.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 5:50 AM
0 Response to "Gambar Ikan Yang Melampau Berat Ini Akan Menimbulkan Tanda Tanya Kat Mana Diorang Mancing. Korang Jangan Terperanjat Dengan Lokasi DIa. Memang Tak Masuk Akal"
Post a Comment