kilang yang membuang sisa ke dalam sungai menyebabkan kira-kira 70,000 benih ikan yang dilepaskan di Sungai Selangor pada tahun lalu musnah.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, masalah berkenaan mula dikesan tiga hari lalu apabila ribuan bangkai ikan timbul di permukaan sungai dan buih putih kelihatan dipercayai sisa amonia.
"Saya memandang serius isu ini kerana ia menyebabkan pencemaran sungai yang menyebabkan 38 nelayan di kampung ini hilang punca rezeki.
"Selain itu, Sungai Selangor juga menjadi tumpuan pelancong untuk menangkap ikan dan udang tapi kini dikhuatiri terjejas teruk," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor ketika ditemui selepas meninjau keadaan Sungai Selangor di Kampung Rantau Panjang di sini hari ini.
Difahamkan perbuatan itu menjejaskan pendapatan nelayan darat di Kampung Rantau Panjang di sini dengan anggaran kerugian sejumlah RM100,00. - K! ONLINE
0 Response to "Gempar !!, Kejadian Berpuluh Ribu Ikan Di Sungai Selangor Menggempar Penduduk Sekitar. Ada Yang Bercerita Tentang Kewujudan Pelik Semasa Ikan Itu Mula Timbul"
Post a Comment