Punca Rafizi Lancar Petisyen Online "1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak" Amat Mengharukan Punca Rafizi Lancar Petisyen Online "1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak" Amat Mengharukan - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Punca Rafizi Lancar Petisyen Online "1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak" Amat Mengharukan harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Punca Rafizi Lancar Petisyen Online "1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak" Amat Mengharukan
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, melancarkan satu petisyen online yang memohon campur tangan Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Rajay Melayu agar campur tangan supaya siasatan terhadap dana dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri dapat dibuka semula.
Petisyen tersebut mensasarkan satu juta tandatangan rakyat Malaysia dan satu laman Facebook bertajuk "1 Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak" turut dibuka bagi tujuan itu.
Rafizi berkata inisiatif itu diambil susulan laporan The New York Times pada Jumaat lalu.
Akhbar terbabit memetik Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir yang berkata wang AS$681 juta (RM2.6 billion) bukan sumbangan politik tetapi pelaburan dari seorang warga Saudi.
Rafizi juga turut menyangkal kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menyatakan sebelum ini bahawa dana tersebut adalah derma.
"Datuk Seri Najib Razak bukan seorang ahli perniagaan atau pakar pelaburan. Beliau tidak mempunyai apa-apa perniagaan.
"Seorang warganegara Arab Saudi tidak akan memberikan wang sebanyak RM2.6 bilion kepada beliau untuk dilaburkan kerana pelaburan bukanlah kepakaran beliau," kata Rafizi.
"Oleh yang demikian, saya mendesak supaya peguam negara membuka semula dengan serta merta kertas siasatan dan pendakwaan terhadap Najib, mengambil kira perkembangan terbaru ini.
"Saya juga mengingatkan peguam negara supaya menggunakan sepenuh kuasa di bawah Perjanjian Bantuan Guaman Bersama (Mutual Legal Assistance) dengan negara yang sedang menyiasat 1MDB dan/atau Najib termasuklah Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.", kata Rafizi.
Rafizi berkata, beliau yakin rakyat tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara itu ditutup apabila peguam negara menutup kes itu.
"Dengan desakan rakyat, saya yakin Najib boleh dihadapkan ke mahkamah," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Punca Rafizi Lancar Petisyen Online "1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak" Amat Mengharukan. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Punca Rafizi Lancar Petisyen Online "1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak" Amat Mengharukan and get update.
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor
0 Response to "Punca Rafizi Lancar Petisyen Online "1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak" Amat Mengharukan"
Post a Comment