Cara Putihkan Kulit Kemaluan Hitam





Cara Putihkan Kulit Kemaluan Hitam|Dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan tentang cara memutihkan faraj atau kemaluan wanita. Warna kulit bergantung kepada genetik atau keturunan. 

Andainya seorang wanita berasal daripada keluarga berkulit putih, maka kemungkinan anak-anaknya akan berkulit cerah juga. Bolehkan ia diubah? Pada zaman moden sekarang, teknologi semakin canggih. Ia tidak lagi mustahil untuk mereka yang berkulit gelap menjadi cerah.


Saya baru berusia 23 tahun dan masih belum berkahwin. Saya berkulit cerah dan putih,
Saya dah banyak pakai produk-produk untuk memutihkan bahagian bibir faraj,



Tapi satu pun tidak memberi hasil. Dan lagi satu, saya ada masalah bibir faraj yang panjang. Adakah itu satu yang normal ?


Dyla Zalia
Kuala Lumpur



Jawapan

Bibir faraj hitam sebenarnya adalah normal..walaupun warna kulit kita putih mungkin faktor genetik. Cik dylia tak perlu risau itu normal dan bibir faraj panjang juga adalah normal dan tak sama antara individu.

Berikut petua untuk mencerahkan bibir faraj yang hitam dan lebam.
Bibir faraj yang hitam dan lebam dapat dipulihkan semula dengan mencuci faraj dengan air kelapa muda yang baru. Lakukan sekerap yang mahu.

Walaupun tiada jaminan ia akan berkesan kerana ia bergantung kepada faktor genetik seseorang wanita.

Yang penting ialah terimalah seadanya kurniaan tuhan. Walau bagaimanapun, masalah kehitaman boleh dikurangkan dengan produk seperti kolagen dan juga sabun bervitamin. Ia berfungsi untuk mengurangkan pigmentasi hitam di bahagian badan. Walau bagaimanapun, seperti yang Dyla cakapkan semua produk pemutihan yang digunakan tidak berkesan.

Ia mungkin boleh memutihkan bahagian lain, namun pada faraj. Ia mungkin tidak berkesan.
Anda boleh berikhtiar terumanya untuk wanita yang bakal berkahwin tidak lama lagi. Tampil sempurna dimana suami adalah sangat penting dalam perkahwinan.


Masalah Kedua

SAYA seorang wanita dan akan berkahwin tidak lama lagi. Bagaimanapun, saya mempunyai masalah faraj yang seakan-akan lebam dan bibir vagina saya menjadi makin gelap. Saya berkulit cerah dan tidak pernah melakukan persetubuhan sepanjang hidup saya.

Saya ingin mengetahui cara mengatasi masalah ini dan adakah produk yang baik untuk menghilangkan lebam dan warna vagina yang gelap ini. Saya harap doktor dapat membantu saya mengatasi masalah ini dan mengesyorkan produk apa yang terbaik untuk saya guna?

GADIS RUNSING,
Rawang, Selangor



Jawapan:


Saya dapati ramai wanita keliru mengenai anggota kelamin mereka kerana istilah bahagian anggota kelamin seperti faraj dan vagina tidak digunakan dengan betul. Faraj dan vagina adalah sama dan ia bukanlah keseluruhan anggota kelamin wanita.Anggota kelamin wanita itu mempunyai dua bahagian; bahagian luar yang diberi nama ‘vulva’ dan bahagian dalam yang terdiri daripada faraj, rahim, salur telur dan sepasang ovari.


Vulva terdiri daripada tundun atau ‘mons veneris’, bibir besar, bibir kecil yang bertemu di atas untuk menjadi kulup klitoris atau ‘kelentit’. Sesetengah wanita mempunyai bibir kecil kecil yang tidak kelihatan apabila bibir besar menutupinya, dan ada pula yang mempunyai bibir besar yang panjang dan ada juga yang mempunyai bibir besar yang tidak seimbang iaitu satu kecil dan satu besar.

Semua ini normal! Bahagian di antara bibir kecil bergelar ‘vestibule’ yang mana pembukaan lubang kencing di bahagian atas dan pembukaan faraj di bahagian bawah, berdekatan lubang najis. Jadi, jika ditinjau, warna kulit badan dan warna kulit bahagian luar anggota kelamin perempuan yang bergelar tundun atau ‘mons veneris’ tampak sama.

Yang kelihatan ‘gelap’ atau pudar atau comot ialah kulit bahagian ‘dalam’, bahagian di antara pembukaan bibir besar, bahagian dalam yang mendedahkan bibir kecil dan ‘vestibule’.


Sumber: WikipediaKulit bahagian ini adalah jenis kulit yang lembut dan lembap serta mengandungi lapisan kulit yang mengandungi lapisan sel pewarna yang membuatkan kulit bahagian itu ‘pudar’ atau ‘gelap’.


Jadi, warna kulit bahagian di antara bibir besar itu sememangnya begitu dan lebih-lebih lagi jika individu itu dalam keadaan teruja seksual, maka akan kelihatan lebih pudar, tembam dan lebam!

Ini kerana kemasukan darah yang banyak kepada anggota berkenaan membuatkannya bersedia untuk tujuan persetubuhan. Jika anda melihat gambar ‘vulva’ yang mudah didapati di Internet, seperti dalam laman ‘Wikipedia’, anda akan lihat pelbagai bentuk dan warna ‘vulva’ perempuan mengikut keturunan mereka.

Sumber: WikipediaMereka semua mempunyai ‘vulva’ yang berwarna lebih gelap daripada kulit badan sendiri. Jadi, anda tidak perlu tertekan.


Jangan mudah terpengaruh dengan iklan atau saranan penjual krim pemutih yang kononnya bahan terbabit dapat memutihkan vulva anda.


Mungkin sebaliknya yang akan berlaku. Pastikan anda memakai pakaian dalam 100 peratus diperbuat daripada kapas yang selesa, pakai pelekat sanitari wanita yang sesuai waktu haid dan pelekat panti ketika berlaku kebasahan faraj.

Jika mahu menggunakan pencuci wanita, ia hanya boleh digunakan pada bahagian luar saja.
Yakinlah dengan anggota kelamin anda dan jaga ia dengan baik.

by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
Download

0 Response to "Cara Putihkan Kulit Kemaluan Hitam"

Post a Comment