Akhirnya Saya Berjaya Selesaikan Masalah Lipas Dalam Kereta Dengan Cara Semudah Ini


Bila ada anak kecil, sudah pasti sisa makanan yang kecil seperti serdak biskut atau kek atau muntah anak menjadi perkara biasa di dalam kereta anda. Keadaan sebegini memang tidak dapat dielakkan dan sudah tentu ia menarik perhatian makhluk yang tidak diundang iaitu LIPAS.

Itulah yang terjadi pada kereta saya. Kebelakangan ini ia semakin kronik dengan pertambahan jumlah lipas yang semakin banyak. Amat merimaskan! Pelbagai cara telah saya ambil untuk atasi masalah ini tetapi tidak mendatangkan hasil. Bubuh kapur lipas, sembur racun serangga, perangkap lipas dan lain-lain gagal.

Akhirnya saya mendapat penyelesaian masalah lipas di dalam kereta saya. Suatu penyelesaian yang saya tak sangka dan amat murah tetapi hasilnya TERBAIK! Alhamdulillah.

perangkap-lipas-1

Perangkap lipas dan cicak

Bagaimana ia bertindak?

Dalam set perangkap ini, anda akan mendapat satu kotak untuk diletakkan di tempat sasaran. Di dalam kotak itu sudah diletakkan gam dan diberi satu umpan yang akan menarik perhatian lipas (lihat gambar).

perangkap-lipas-2

Tak sampai seminit letak

perangkap-lipas-3

Hasil hari pertama

perangkap-lipas-4

Akhirnya, setelah 5 perangkap saya dapat memerangkap kira kira 850 ekor lipas. MasyaAllah banyaknya lipas dalam kereta saya. Sekarang saya cuma pasang untuk pastikan generasi yang baru menetas juga terperangkap.

perangkap-lipas-5

Harganya di pasaraya besar cuma RM7.50! Dalam tu ada 5 set. Cuba lah!

Baca lagi: Lipas Menjadikan Lelaki Ini Jutawan. Mungkin Anda Boleh Tiruvasi Idea Ini


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
Download

0 Response to "Akhirnya Saya Berjaya Selesaikan Masalah Lipas Dalam Kereta Dengan Cara Semudah Ini"

Post a Comment