Cubaan Bunuh Komando : 4 Anggota Tentera Diburu Polis merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Cubaan Bunuh Komando : 4 Anggota Tentera Diburu Polis.
MELAKA, 18 Apr: Polis mengenal pasti empat suspek utama dalam kes cubaan bunuh seorang anggota komando Rejiman 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang disini yang ditemui cedera teruk di bahagian muka dengan tangan kanan digari pada kaki kiri di Sungai Timun, Lubuh China pada awal pagi semalam.
Setakat ini, polis masih giat memburu keempat-empat suspek yang menghilangkan diri dan dipercayai anggota tentera.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, pihaknya kini bekerjasama dengan tentera bagi mendapatkan maklumat mengenai punca dan motifi kejadian itu.
"Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai ditahan di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipukul teruk serta dipaksa untuk menaiki sebuah kenderaan.
"Mangsa kemudian digari menggunakan gari buatan negara jiran dengan tujuan untuk membuangnya ke dalam sungai," katanya sebagaimana lapor BH Online.
BH sebelum ini melaporkan, Koperal Mohd Daud Karim, 26, ditemui penduduk kampung sebelum laporan polis dibuat.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya selepas menyelesaikan satu urusan di kem berkenaan, kira-kira jam 1 pagi. Kamaluddin berkata, mangsa yang menerima lebih 80 jahitan di kepala, muka dan bahagian mata akibat kecederaan teruk dipukul masih dirawat di Hospital Melaka.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kerana cubaan membunuh," katanya. - Siakapkeli.my
#Panas di Cubaan Bunuh Komando : 4 Anggota Tentera Diburu Polisby noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor
0 Response to "Cubaan Bunuh Komando : 4 Anggota Tentera Diburu Polis"
Post a Comment