Kes Komando Hampir Lemas Masih Dalam Siasatan - Polis




MELAKA, 18 Apr - Polis Melaka masih lagi menjalankan siasatan berikutan kes seorang anggota komando yang ditemui dengan tangan kanan bergari pada kaki kiri dan hampir lemas dalam Sungai Timun dalam kejadian semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, polis telah menerima laporan berhubung kejadian.

Namun beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

Beliau juga meminta agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tampil membantu polis. - Siakapkeli.my


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
Download

0 Response to "Kes Komando Hampir Lemas Masih Dalam Siasatan - Polis"

Post a Comment