Hari ni, terasa nak bagi sedikit ulasan dan tips untuk sesiapa yang berminat nak pergi hiking. Rentetan beberapa minggu ni, ada je masalah yang menimpa kaki hikers especially newbies.
Jadi disini, saya turunkan beberapa petua ye. Diharap tips ini berguna walaupun saya masih newbies gak dalam bidang ini. Selamat membaca:
1. Cuaca
Sila tengok ramalan cuaca terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Jika semalam hujan lebat, dan plan untuk hiking hari ini seawal pagi, perlu di ingat trail besar kemungkinan becak, berlumpur dan sedikit merbahaya.
2. Kasut
Guna kasut hiking yang sesuai untuk kaki. Selalunya ini yang paling diabaikan oleh pendaki sepanjang pemerhatian saya mendaki gunung atau bukit. Alasan seperti takde bajet atau kasut murah pun takpe tidak boleh dipandang ringan. Tahukah kalian, kaki anda merupakan anggota badan yang paling penting untuk meneruskan pendakian?
3. Pakaian
Sekiranya mendaki di tempat yang beraltitude tinggi, pakaian seperti cotton sahaja tidak sesuai sebab tidak menyerap peluh. Pakaian dari jenama Adidas, Nike, Under Armour yang menggunakan material Compression sangat bagus sebab dapat menyerap peluh dan membolehkan pendakian bertambah selesa.
4. Stamina
Sebelum memulakan pendakian, adalah dinasihatkan supaya membuat sedikit senaman ringan sekurang kurangnya 10-15 minit. Ini adalah untuk mengelakkan otot menjadi kejang sejurus selepas memulakan pendakian.
5. Makanan / Minuman
Adalah digalakkan mengambil makanan ringan seperti cereal sebelum memulakan pendakian. Jangan makan makanan seperti nasi lemak yang boleh mengakibatkan anda pancit dan tiada tenaga untuk mendaki.
Sediakan makanan ringan seperti coklat atau energy bar dan air 100 plus untuk dijadikan jajan sepanjang pendakian. Air 100 plus bagus untuk menggantikan garam dalam badan yang keluar semasa berpeluh dan boleh mengelakkan dari kejang bergelumang.
Baca: Perkongsian Menarik Bagaimana Lelaki Ini Tawan Puncak Gunung Rinjani Tanpa Latihan Fizikal
6. Masa
Perlu diingat, kita pergi mendaki bukan untuk mencatat rekod dunia tetapi untuk merasai pengalaman melalui satu tempat baharu.
7. Sesi bergambar
Saat yang paling dinantikan oleh para pendaki khususnya apabila berjaya mendaki puncak. Tapi jangan diabaikan aspek keselamatan hanya kerana nak mencipta SHOOT paling GRAND.
8. Percakapan dan adab
Bila memulakan perjalanan, bacalah Bismillahirahmanirahim dan berdoalah supaya dipermudahkan perjalanan. Jangan takbur dan riak dalam hutan. Jika terhidu sesuatu, mulut jangan celupar.
Tunggu sehingga selesai pendakian, barulah boleh bercerita pasal benda2 ghaib yang berlaku sebelum itu.
9. Semangat setiakawan
Selalunya ramai yang pergi dalam satu kumpulan. Adalah penting setiap anggota mengambil berat keadaan teman2 lain sepanjang pergi dan balik dari pendakian, dan bukannya hanya mementingkan diri sendiri untuk kepuasan peribadi.
10. Mental
Digalakkan pendaki untuk sentiasa berfikiran positif sepanjang perjalanan. Jangan terlalu mementingkan bila masa nak sampai puncak dan balik dengan segera tetapi mengabaikan aspek mental samada mampu atau tidak melakukannya.
Sekian untuk hari ini. Diharap tips ini boleh dijadikan panduan walaupun tidak seberapa. Assalamualaikum.
Baca lagi: 5 Persediaan Penting Sebelum Travel Ke Kawasan Pedalaman Dan Tempat Tinggi
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 Response to "10 Tip Dan Persediaan Buat Yang Baru Berjinak Nak Mendaki Gunung"
Post a Comment