Kuala Lumpur: Lebih 120,000 warga Angkatan Tentera Malaysia dan 11,813 kakitangan awam Kementerian Pertahanan bakal menerima kenaikan gaji tahunan antara 10 hingga 41 peratus.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenaikan itu memberi kesan langsung kepada penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) berkuat kuasa 1 Julai depan.
"Inisiatif ini memberi manfaat kepada seluruh penjawat awam dan warga ATM kerana mereka adalah tunjang dan tonggak terpenting negara," katanya pada sidang media ketika penyerahan kunci Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn di sini, petang tadi.
Menurutnya, bagi penambahbaikan Skim Perkhidmatan Awam, gaji Pegawai Kadet berkelulusan SPM/SVM bermula dari RM1,500 berbanding RM1,104 sebelum ini
"Leftenan Muda berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang, bakal memperoleh gaji RM2,585 dan RM2,730 berbanding RM2,411 manakala pemegang kelulusan kejuruteraan, gaji permulaan ialah RM2,876 berbanding RM2,703.
"Pemegang kelulusan perubatan veterinar akan menikmati gaji RM3,022 berbanding RM2,593," katanya.
Menurutnya, perajurit muda yang menamatkan latihan asas, gaji permulaan prebet ialah RM1,564 berbanding RM1,137 sebelum ini. - Harian Metro
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 Response to "Gaji Tentera Naik Sehingga 41 Peratus"
Post a Comment