Jangan Percaya Khabar Angin, Tiada Sebarang Amaran Tsunami Dikeluarkan



Berikutan tersebar berita viral di laman sosial sejak semalam kononnya amaran tsunami telah dikeluarkan di Pulau Pinang dan Kedah berikutan cuaca buruk yang melanda negeri-negeri berkenaan, pihak Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia) hari ini tampil menafikan perkara berkenaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau dalam satu kenyataan medianya sebentar tadi mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan di media-media sosial.

"Keadaan cuaca yang lembab yang dialami pada masa kini terutamanya di bahagian Utara Semenanjung dijangkan akan beransur kurang mulai rabu, 20 Julai ini."

Hujan di beberapa kawassn masih berlaku di seluruh negara terutamanya pada lewat petang senja selepas tarikh berkenaan," katanya.

Selain khabar angin amaran tsunami di Pulau Pianang dan kedah, tersebar juga khabar angin kononnya amaran tsunami dalam tempoh 36 jam di Pantai Timur sabah dan amaran angin kuat di Labuan, Sabah dan amaran banjir besar di Pahang di mana kononnya di keluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapat maklumat sahih di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia di www.met.gov.my atau melalui aplikasi myCuaca atau hubungi 1300 11 1MET(1638) - Siakapkeli.my


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
Download

0 Response to "Jangan Percaya Khabar Angin, Tiada Sebarang Amaran Tsunami Dikeluarkan"

Post a Comment