AWAS! Jauhi anak-anak anda dengan TIKAR GETAH BERACUN ini!!


TIKAR GETAH DAN XENOESTROGEN
------------------------------------------------------------


.
Cerita dah hampir basi ni ..namun saya terpanggil untuk menjelaskan isu yang boleh memberi kesan serius kepada kesihatan anda.

Tikar getah dikatakan mempunyai kesan buruk kepada kesihatan kerana mengandungi BPA dan pthalates yang dikelaskan sebagai xenoestrogen.

Sebagai ringkasan, Xenoestrogen merupakan bahan bukan berasal dari badan tapi mampu memberi kesan kepada hormon estrogen di dalam badan anda..hormon yang dikaitkan dengan "kewanitaan".

Antara Bahan Xenoestrogen:

Tidak Organik
--------------------
1) Plastik : BPA, pthalates
2) Logam berat :Merkuri, aluminium, plumbum.
3) Produk Organoklorin
4) Racun Serangga
5) Kosmetik dan penjagaan badan tertentu

Organik
------------
1) Phytoestrogen : soya, flax, oat
2) Mycoestrogen

Xenoestrogen dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti:

1) Gangguan hormon: Adrenal, tiroid, hormon pembiakan dll
2) Ketumbuhan dan kanser.
3) Keradangan kronik dan masalah autoimun.
4) Isu Jantina.. pemondanan lah..
- male breast
- botak
- jerawat badan
- telur kecut

No 4 tu sape pernah injek steroid bina badan dia tau hehe..saya tak pernah XD (disclaimer)

Apakah ciri-ciri kebahayaan xenoestrogen ni.

1) Cinta lemak: boleh menerobosi lemak maka senang merentasi sel dan biasanya simpan kawasan berlemak seperti otak, sumsum tulang dan lemak badan. Susah la buang jika dah masuk otak atau tulang.

Ia boleh menembusi penghalang otak BBB dan juga keluar melalui susu ibu.

2) MAMPU MENGUBAH EKSPRESI GENETIK.
Ni mungkin antara penyebab PENYAKIT ZAMAN MODEN.

3) Bioakumulasi: Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Hati anda memang boleh detoks tapi toksin ni yang mendak di bahagian otak dan tulang mungkin susah untuk dikeluarkan. Apetah lagi jika anda ada masalah hati contohnya hati berlemak atau sistem detoks anda lemah.

4) Kehadirannya di mana-mana:  Air yang anda minum, ayam yang anda makan, tikar getah yang anda duduk, memang tak boleh lari lah duk dalam gua pun.

Itu cerita bab badan, tahukah anda jangka hayat xenoestrogen pula?

Jangka hayat 20-30tahun bagi DDT , 7-8 tahun separuh hayat dioxin.

-
-
Terdapat pandangan berkenaan artikel tikar di atas bahawa kesan penyerapan adalah sangat kecil kecuali jika anda makan tikar itu..

Sama juga pandangan tawas yang pakai di ketiak sebagai deodoran tu 0.0012% sahaja penyerapannya ke dalam badan.

Namun menurut National Institute Of Environmental Health Sciences (NIEHS):

DOS RENDAH ATAU "TIDAK RELEVAN" PERLU DIAMBIL KIRA.

Ini memandangkan pendedahan kepada Xenoestrogen yang berleluasa di mana-mana.. kita tidak dapat mengelakkannya..jadi sebaiknya minimakan pendedahan terhadap xenoestrogen. Janganlah pula selepas membaca artikel ini, paranoid pula...namun tidak salah sekiranya kita tukar cawan plastik yang diminum kepada cawan kaca atau procelain atau perkakas memasak aluminium kepada stainless steel. Terpulang lah pada usaha masing-masing..ikut kemampuan. Tapi mungkin jika suatu hari nanti anda mendapat penyakit tidak "diketahui" atau penyakit "genetik tanpa keturunan berpenyakit"..punca dari xenoestrogen satu kemungkinan walaupun tiada siapa dapat sahkan. Wallahua'lam.

Akhir kata, cegahlah sebelum terlambat. Jangan merosakkan lagi badan anda yang sudah terbeban dengan pemakanan tidak sihat dan tekanan di zaman moden ini. Parah jika anda "topup" pula dengan toksin persekitaran seperti xenoestrogen ini.

-
-

Ikhlas,
Encik Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

P/s: yang tulis artikel asal tu professor dalam bidang toksikologi di PPUM. Bukan calang-calang orangnya.

Update: untuk mengelakkan kekeliruan dan kerisauan...baik saya jelaskan yang saya tidak rasa pembuangan tikar getah akan menyelesaikan semua masalah..sebab banyak lagi yang lebih bahaya..cukuplah dengan mengelakkan daripada terkena panas terutama yang diminum dan dimakan. Contohnya sudu plastik dalam air panas, makanan dalam polistyrene, air panas dalam bekas plastik atau polystyrene.

Artikel di atas lebih kepada Xenoestrogen secara amnya bukannya pasal tikar getah sahaja...Racun serangga dan rumpai serta organoklorin dan logam berat lebih bahaya. Jadi elakkan mana yang lebih mudarat.

- sumber : Dr. Hafiz Sulaiman

Download

0 Response to "AWAS! Jauhi anak-anak anda dengan TIKAR GETAH BERACUN ini!!"

Post a Comment