Gambar dan kisah seorang warga Bangladesh ditangkap kerana berduaan dengan isteri orang di Negeri Sembilan tersebar di laman sosial.##
ADATLAH.. apabila sesuatu ‘topik’ sedang hangat diperkatakan maka satu demi satu isu mengenainya timbul. Tidak terkecuali soal kemasukan pendatang dari Bangladesh yang mendapat krititkan ramai hinggakan pelaksanaannya dibekukan dahulu.##
Pada masa sama, semakin ramai pula Bangla didapati ‘buat perangai’ sejak akhir-akhir ini membuatkan cadangan menolak lebih ramai pekerja dari negara berkenaan kian mendapat sokongan.##
Selepas kes Bangla kacau isteri orang dan rogol remaja 13 tahun dalam tandas kafe siber, kini tersebar kisah Bangla ditahan sedang selingkuh dengan bini orang di Rahang, Seremban, Negeri Sembilan.##
Bersama cerita ini dikepilkan gambar Bangla tersebut yang diikat tangannya bersama wanita tempatan yang menjadi kekasih gelapnya.##
Kisah ini dipercayai tersebar kepada umum selepas seseorang yang turut terlibat menangkap pasangan ini memuatnaik gambar mereka beserta keterangan gambar di laman sosial Facebook.##
Puncanya, si wanita dikatakan kerap membenarkan lelaki Bangla ini masuk ke dalam rumahnya ketika si suami tidak ada.##
Ini membuatkan jiran-jiran berasa curiga dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghendap dan menangkap mereka kerana berkhalwat.##
0 Response to "Bangla Ditangkap Ketika Sedang Berdua-Duaan Dengan Isteri Orang Di Negeri Sembilan !!"
Post a Comment