'Kalau Ikutkan, Mak Minta Hantaran RM30K' - Lelaki Terpaksa Batalkan Majlis Pertunangan


Gambar hiasan

Aku kakak, ada seorang adik lelaki. Dia baru mula bekerja dalam beberapa bulan yang lalu. Dipendekkan cerita, adik lelaki aku, si 'Amat' ini sudah lama berkawan dengan si 'Tipah'. Sejak zaman persekolahan sehinggalah Amat sudah berusia 23 tahun.#

Disebabkan Amat sudah mempunyai kerja yang agak stabil, Amat minta mak dan ayah pergi meminang si Tipah. Tetapi sebelum itu kami termasuk mak pernah bersembang dengan si Tipah tentang hal meminang ini. Keluarga kami bukanlah senang mana, biasa sahaja. Amat pun baru bekerja beberapa bulan, gaji pun guna sijil SPM. Jadi, kami minta Tipah janganlah letak hantaran mahal sangat. Kasihan Amat nanti. Lagipun apa salahnya mempermudahkan perkara-perkara yang baik kan?#

Tipah okay di situ, pada dia buat yang mana wajib dan dia juga faham Amat baru saja belajar hidup berdikari. ##

Ada satu waktu itu, Amat bercuti panjang. Amat tak tinggal dengan keluarga sejak sudah bekerja di Johor. Keluarga kami duduk di sini. Satu hari, Amat cuti dan balik ke rumah. Jadi, kami bercadang mahu bertemu dengan ibu bapa Tipah dan bersembang tentang hal nak datang meminang. Kami memang dah kenal rapat juga dengan keluarga Tipah ini. Pernah juga pergi beraya dan berjalan bersama.##

Kami kira, pertemuan pada malam itu bukanlah 'merisik' pun sebab tak ada apa nak dirisik lagi. Dah memang kenal dan tahu tentang Tipah. Sembang-sembang, keluarga aku kata nak datang rumah dia untuk meminang pada bulan Oktober ini. Kami pada masa itu, tak adalah bersembang tentang hantaran dan belanja kahwin lagi sebab cadangnya bincang semasa hari pertunangan kelak. Lagipun kami faham Tipah amat memahami keadaan Amat dan keluarga kami.##

Tetapi mak Tipah beria-ria nak tanya berapa yang Amat mampu beri untuk hantaran pada Tipah. pada masa itu juga, mak Tipah beria nak suruh kami teka berapa yang dia minta untuk anak gadisnya itu. Dan dalam mood sembang-sembang itu, kami pun bertanya.##

"Kalau awak, berapa hantaran nak minta ni?"##

"Kalau saya, saya nak RM20,000," jawab mak Tipah.##

Wow! Tersedak mak aku yang sedang minum air. Abah terus berubah muka sebab muka mak Tipah serius menyatakan angka itu##

"Kita bukanlah nak jual anak tetapi biar Amat belajar susah mencari duit kalau betul nak kahwin," katanya##

Aku rasa makcik ini dah salah konsep dan rasanya Tipah cakap apa-apa tak? Ya, dia bercakap##

"Kalau RM10,000 pun bukannya boleh beli apa-apa. Barang semua mahal sebab itu, RM20,000," kata Tipah. 

Kami satu keluarga terkesima. 

"Kalau orang utara, tak boleh kurang dah tu," sambung mak Tipah. 

Keesokkannya, bila Tipah datang ke rumah, kami tanya semula apakah benar dia dan ibunya mahu kenakan hantaran sebanyak itu pada Amat?##

"Itupun kalau ikutkan mak, nak minta RM30,000. Tapi Tipah suruh mak kurangkan," katanya.##

Amat kerja dengan gaji kecil sahaja. Dia pula nak suruh masuk meminang sebab sudah lama sangat berkawan. Jadi, dia mahu memperisterikan Tipah sebab Tipah pun sudah lama menunggu sejak dia zaman moto kapcai lagi. Tak sangkalah pula Tipa yang kerja part time, tak ada kelulusan, malas dan pada pandangan aku macam tak padan dengan harga.##

Maaf aku guna perkataan kasar sebab dari pemerhatian aku bila Tipah ada di rumah, dia langsung tak pernah menolong mak aku walaupun setakat basuh pinggan. Dia sibuk memanjang dengan handphone sahaja. ##

Expectation mak Tipah ialah, Tipah adalah anak bongsu, barang semua mahal, catering sekarnag mahal, jadi kenalah dengan harga yang mahal. Kasihan adik aku, terfikir-fikir nak completekan RM20,000 dalam masa setahun. Mak Tipah juga minta bila datang nanti bawa dua cincin semasa meminang nanti sebab untuk cincin merisik sekali.##

Selepas balik dan berfikir panjang, Amat telefon Tipah semula beberapa hari selepas itu. Dia beritahu yang dia mahu batalkan majlis pertunangan. Dia kata dia nak kumpul duit dulu dan kalau ada jodoh, kahwinlah mereka##

Bukanlah kata Amat tidak bersungguh, tetapi pada aku, mak Tipah dan Tipah merumitkan perkara baik seperti ini. Takkan pula dia expect Amat nak buat pinjaman peribadi untuk bayar harga anak dia dan kemudian menanggung hutang selepas kahwin? ##

Kenapalah makcik nak merumitkan keadaan? Perkara-perkara seperti inilah yang membantutkan niat baik orang nak ajak anak dara orang kahwin. Apa salahnya hanya ikut kemampuan. Sekian. - Kakak Dia, IIUM CONFESSIONS | PIXEL MEDIA
Download

0 Response to "'Kalau Ikutkan, Mak Minta Hantaran RM30K' - Lelaki Terpaksa Batalkan Majlis Pertunangan"

Post a Comment