Suami Ina Naim Tayang Seluar Dalam, “Nak Malu Apa?”



SIAPA saja yang tak sayangkan isteri?#
Jika difikirkan, setiap lelaki akan menyayangi isterinya dan akan memberikan yang terbaik untuk membahagiakan isterinya.#
Tapi, perlu ke semua kebahagiaan yang diberikan kepada isteri ditunjukkan kepada umum semata-mata untuk membukti kasih-sayang tersebut?#
Baru-baru ini, Suhaimi Saad, 35, suami kepada Ina Naim (bekas tunang Mawi) telah memuat naik satu status di akaun Facebook miliknya menunjukkan dia menemani isterinya membeli seluar dalam.#
Lebih mengejutkan, apabila Suhami atau lebih dikenali sebagai SS telah melampirkan sekali gambar seluar dalam yang dijual bersama gambar mereka suami isteri.#
ina naim q
ina naim q
Ya, tidak dapat dinafikan ada kemungkinan SS hanya mahu memberikan nasihat kepada para suami yang ‘malu’ untuk membelikan pakaian dalam buat isteri mereka, tetapi bukankah perkara ini secara tidak langsung memalukan isterinya?#
Umm, tak boleh nak cakap apa, sebab mungkin bagi SS dan Ina ini merupakan perkara normal dan bukan memalukan mereka.#
Sebenarnya ramai yang terkejut bila membaca posting ini kerana SS sebelum ini dikenali dengan sikap alimnya dan mahu keluarganya menjalani kehidupan yang sederhana sehinggakan di rumahnya tiada peti ais dan mesin basuh.#
Rata-rata dilihat meninggalkan komen meluahkan rasa terkejut dengan posting yang extra ‘sederhana’ ini…#
4
3
2
1
5
Walaupun menerima kritikan dari pengguna laman sosial, SS dilihat tenang dan tidak mengambil pusing tentang perkara tersebut.#


Biarlah, mana tahu itu salah satu cara untuk dia buktikan sayang terhadap Ina. Well, semua orang pakai spender kan? Hahah!#  
Download

0 Response to "Suami Ina Naim Tayang Seluar Dalam, “Nak Malu Apa?”"

Post a Comment