PANAS!! Pendedahan Terkini Elly Mazlein Sebelum Konsert Kedua Gegar Vaganza Semalam.. Inilah Rahsia Besar Di Sebalik Sidang Media Bekas Suaminya Yang Orang Ramai Tidak Tahu!!





Episod pendedahan Azmi Hatta mengenai sikap cemburu Elly Mazlein yang mencederakan beliau dan pelbagai lagi tuduhan lain membuatkan penyanyi itu merasa cukup terkilan.

Mengapa terkilan? Kerana Azmi melakukan pendedahan itu disaat Elly baru sahaja ingin bangkit daripada segala kekecewaan dan cuba berusaha untuk mendapat tempat kembali didalam industri hiburan tempatan. 


Rahsia Besar Azmi Adakan Sidang Media Untuk Tutup Periuk Nasi Elly?

''Saya sudah mengagak ‘permainannya’. Dia ada hak untuk memburukkan saya kerana selama ini pun dia hanya berdiam diri dalam semua perkara yang mengaitkan perceraian kami. Cuma yang saya ralat kenapa dia tidak buat pendedahan itu awal-awal lagi selepas saya mendedahkan perceraian kepada umum pada 9 Mac lepas. Kenapa lapan bulan berlalu baru nak buka cerita dalam selimut?''




Elly menegaskan beliau sedikit pun tidak kecewa dengan apa yang berlaku tetapi mempertikaikan perbuatan bekas suaminya itu. Ia seolah-olah lelaki itu cuba untuk menutup periuk nasinya.

''Sekali lagi saya tegaskan yang saya tidak kecewa. Cuma saya mempertikaikan tindakannya itu pada saat saya baru nak cari duit. Tertanya-tanya saya kenapa baru sekarang dia nak tunjuk belang? Sedangkan dia tahu saya perlu bekerja, kena cari duit. Kalau tak, siapa nak menyara anak (Putri Zara Sefhia) dan abah (Syed Hanafi Syed Abdullah)''.

Tidak mahu memanjangkan lagi isu antara mereka, Elly akui beliau tidak akan membalas dendam dan memaafkan Azmi. Namun, beliau tidak gemar dengan sikap Azmi yang menunding jari kepada beberapa pihak termasuk bapanya yang menjadi punca penceraian mereka berdua.




''Sekali lagi saya tegaskan yang saya sudah memaafkan dia. Maknanya saya sudah tak nak gaduh-gaduh. Jadi tak payahlah nak menjolok sarang tebuan lagi. Saya sudah tak kisah pun dengan siapa dia nak berkawan atau berkahwin sekalipun selepas ini.

''Cuma saya berharap agar dia tidak menggunakan kalimah sumpah pada setiap pengakuan dibuat. Bukannya apa, takut termakan sumpah!''




Setiap apa yang berlau mempunyai hikmahnya tersendiri. Dugaan dan ujian seperti ini membuatkan seseorang itu lebih kuat di masa hadapan. Harapnya selepas ini tiada lagi isu lain yang timbul antara Azmi dan Elly.



















Sumber Berita : Utusan Online

by noreply@blogger.com (saijamoke) via ohh sem
Download

0 Response to "PANAS!! Pendedahan Terkini Elly Mazlein Sebelum Konsert Kedua Gegar Vaganza Semalam.. Inilah Rahsia Besar Di Sebalik Sidang Media Bekas Suaminya Yang Orang Ramai Tidak Tahu!!"

Post a Comment