Wanita Ini Dedah 6 Tips Mendidik Anak, Garang Dalam Lembut Yang Sangat Berkesan




Wanita Ini Dedah 6 Tips Mendidik Anak, Garang Dalam Lembut Yang Sangat Berkesan|Aku seorang ibu yang garang. Ayah aku seorang polis dan ibu aku berniaga. Tapi segarang-garang rupa ayah aku, dia sangat jarang pukul anak. Cuma suara dia memang bila menjerit macam petirlah. So suara dia tu la senjata dia. Ibu aku ni seorang yang lembut, penyayang tapi tegas dalamannya. Sangat strict tentang kekemasan, kebersihan dari segala segi. Dari segi kerja rumah, masak, menjahit dan apa sahaja ibu aku memang tiptop. Dan dia, idola aku dalam apa sahaja yang aku buat. And of course, aku tetap takkan menjadi se’perfect’ dia.
Ok berbalik pada topik yang aku nak sampaikan. Aku sebenarnya nak bagi tips sikit tentang cara kita ibu bapa urban ni mendidik anak. Percaya atau tidak, aku sangat percaya anak ini dari kecik kita kena didik mereka dengan tegas tapi berhemah. Marah bila mereka salah dan puji bila mereka bagus. Marah dalam konteks didik ni maksudnya marah yang betul2 marah. Bukan untuk tunjuk kita benci, tapi kerana kita nak didik.
Aku tengok kebanyakan ibubapa sekarang ni tak banyak yang ikut cara didikan ibubapa kita dahulu. Acapkali kita dengar budak2 nakal dulu yang berjaya atau berubah sekarang pasti akan cakap “Kalau mak/ayah aku tak garang tak pukul aku dulu2 memang tak jadi orang aku sekarang.” Yes, memang betul pun. Sebab aku antara anak yang dididik penuh ketegasan dalam kelembutan.
Rata2 ibubapa zaman sekarang ni aku tengok sangat “takut” dengan anak. Takut ni maksud aku dalam konteks cara didik anak. Kita lebih takut anak tak suka kita sebab marah dia dari kita fikir marah itu untuk didik dia. Cuba tanya diri korang sendiri, macam mana korang bagi anak korang makan? Korang bagi makan sambil kejar dorang ke mana dorang lari atau korang ajar anak korang makan duduk setempat sampai habis makan? Kalau bagi dorang main gajet, anak korang akan terleka sampai korang tak boleh stopkan dorang atau dorang boleh faham dan akur bila korang suruh stop? Dari situ korang boleh nilai macam mana tahap disiplin korang terapkan dalam kehidupan anak2.
Oklah, sebagai pengenalan, aku bukanlah ibu yang bagus. Aku juga masih belajar. Aku ada dua orang anak. Dua2 perempuan. Anak2 aku memang rapat dengan ayah dorang, yelah sebab ibu depa kan garang. Tapi anak2 aku tetap akan cari aku 24 jam. Pendek kata tak boleh ibu dorang takda walaupun ayah dorang ada bersama. Macam mana nak jadi ibu yang garang tapi disayangi dan diperlukan anak2? Meh aku share tips sikit.
Dalam mendidik anak, aku tetap percaya ketegasan itu perlu dalam apa jua keadaan. Aku dibesarkan oleh ibu aku yang sangaaaaatlah cerewet hinggakan seawal umur aku 3 tahun pun aku makan sendiri dan kutip makanan tumpah aku sendiri sambil jaga adik aku berumur 2 tahun. Ibu aku cakap, aku siap pandai kemas rumah macam orang besar dari aku darjah satu. Tingkatan 1 aku dah pandai masak dan kemas bilik ikut citarasa deko aku sendiri. Sampai sedara mara datang rumah terkejut ingatkan ibu aku yg decokan bilik aku. Bila masak pun dalam tingkatan 3 macam tu aku dah boleh masak untuk kenduri.
Of course la dengan bimbingan mak aku but still, time tu budak perempuan mestila tau nak melawa je bila kenduri. Kalau budak skrg tu keja nak lilit shawl paling trendy dan ayu jelah kan. Tapi tak aku. Semua tu aku belajar dari ibu aku. Ibu aku ni memang lembut tapi bila dia marah tu sentap sampai ulu hati apa dia cakap. Korang akan rasa yang korang ni tak berguna sebab tak mampu nak ikut piawaian kerja dia. Dan cara dia didik tak lain tak bukan adalah dari contoh sikap dia sendiri. Bukan setakat bebel, tapi dia BUAT. Bukan mengarah, bukan membentak. Tapi dia sendiri akan buat dan aku mesti nak tiru sebab nak tunjuk aku boleh buat sebaik dia.
So bila aku dah ada anak sendiri, benda yang sama juga aku terapkan pada anak2 aku. Aku bukannya baca buku parenting ke apa ke tapi aku tengok contoh tu memang 90% dari cara ibu aku sendiri. Cara ibu aku..dia garang tapi dia buat semua ikhlas untuk anak2. Dan bila dia marah dia masih nampak sayang. Itu payah nak buat.

1. Anak2 aku dari lahir aku ajar TIDAK MENEMPEK. Faham apa maksud menempek? Means suka sangat duduk bawah ketiak ibu. Konon love bonding sangat. Aku tak pernah percaya teori tu lagi2 kalau kau seorang ibu berkerjaya. Ibu aku walaupun selepas berniaga dia surirumah, tapi lepas beranak je anak tu hanya dipegang bila dia minta susu atau poopoo. Kebanyakan masa samada dia dalam cot atau bila besar sikit dudukla dalam walker. Kami semua memang dibesarkan macam tu. Siang dia boleh settle keja dia sambil kita orang tenang je main dlm cot tu.
Alhamdulillah kami semua memang takda nak menangis. Anak2 aku pun macam tu. Walaupun yang sulung tu dulu cranky dan manja sikit, tapi aku akan warning dia dengan isyarat suara dan mata yang dia tak boleh asyik nak menempek. Siap aku cakap lagi ibu nak kerja, jangan ngada2 nak nangis. Dan anak aku memang faham. Macam mana nak buat? Hati kau kena kental. Tu je caranya. Jangan anak tu dijadikan alasan itu tak boleh buat itu buat ini. Mak aku, mak mertua aku semua guna kaedah yang sama. Mak aku anak kecik pun rumah berkilat. Lepas setel keja umah tunjukla bonding dengan anak ko puas2. Siap je keja, duduklah dgn anak ko. Tapi bila time keja,kena ajar dia faham ko tgh ada keja. Takda istilah anak tu mesti nak dgn kau 24jam karang dia menangis. Ko yang tak ajar dia dr kecik. Tu je.

2. Anak2 aku seawal 2 tahun dah diajar potty training. Puncanya mula2 sebab anak aku dah tak sesuai dengan apa saja brand diapers di pasaran. So paed aku nasihatkan 2 tahun dah boleh ajar potty training. Lagipun diapers yang lama tak bagus untuk anak2. Nak ajar potty ni pun memang ibu atau ayah kena RAJIN DAN KENTAL. Aku kalau ada je yang cakap anak dorang tak dengar cakapla apa lah memang aku tau dah punca dia apa. Korang ibu bapa yang tak sabar. Memanglah dorang akan melepas merata2, nama pun training. Tapi lepas tu setlah masa. Cara aku train, aku akan bawak anak aku ke tandas every 2 hours. Tapi kalau anak lelaki selalunya lebih kerap, so kena bertabahlah bawak setiap 30 minit atau 1 jam sekali. Kuncinya SABAR dan JANGAN MALAS. Dua2 anak aku 2 tahun memang dah free diapers. Yang senangnya korang jugak, jimat duit beli pampers dan anak korang lebih sihat. Kan dah banyak kes budak2 ruam atau masalah kulit sebab diapers. So rajin2 la sikit ya.

3. Anak2 aku tak pernah menjerit atau berguling atau menangis kuat2 kalau tak dapat toys atau apa yang mereka nak di kedai/mall. Sebab aku memang pantang kalau budak2 lebih nak tunjuk kuasa dari ibubapa. Cara aku marah anak aku memang kejam sikit. Tak perlu pukul pun, cukup aku jegil mata dan suara tinggi untuk permulaan.
Tapi pandai2la korang sesuaikan. Korang tau apa aku cakap kat anak aku setiapkali dorang mula nak bentak bila tak dapat? Aku akan cakap dari dalam kereta lagi, “Korang jangan nak mengada2 mintak itu ini kat kedai nanti. Beli apa yang ibu tunjuk je. Kalau ibu cakap jangan beli, jangan ambik pun. Faham?” Haha garangkan? Aku cakap nada aku satu tone je tapi aku tekankan macam orang mengugut ketap bibir tu. Haha korang tau kan? Bila dalam kedai, nampak je dorang naik sheikh nak itu ini, pesan 200 ribu kali “Ha.. ha.. kan dah cakap tadi?” sambil mata korang buntang, muka serius dan suara korang tu sama macam tadi. Otomatik dorg akan tone down percayalah. Anak2 aku memang jalan je buat macamtu. Anak2 buah aku pun sama.
Cara kejam gila tapi tu jela nak ajar diaorang behave. Lepas tu bila dorang behave, korang rewardla dorang apa2 sambil cakap, haaaa macam nilah anak ibu, pandai dengar kata. Bijakkk..camtulah ibu sayang. Jadi ibu bg anak ibu adiah nak? Anak aku kdg2 tak minta benda mahal pun, aiskrim pun cukup. So bagi jela. Walaupun anak aku ada semput, bagi sekadarnya. Jadi mereka nampak, bila buat baik mesti ada ganjaran. Yang penting dorg tau bila buat baik orang sayang. Sbb anak aku kalau berborak dua2 org tu aku boleh dengar yg kakak marah adik “haaa adik, jangan buat mcm tu. Kang ibu marah. Kalau adik baik, ibu sayang.” Alhamdulillah wkt tu korang akan rasa berbaloi jadi garang selama ni.

4. Anak2 aku tak rasa berat bila nak tolong orang. Even balik rumah mertua atau parents aku sendiri, mereka tau kemas sendiri lepas makan dan bermain. Memang takkan sesempurna kita, tapi beri mereka peluang. Tak perlu menjerit pekau untuk suruh dorang kemas. Benda tu korang kena latih dirumah. Bila kat rumah orang, cukup korang jerit je nama dia. Pahamlah dorg. Jangan bila dorang malas, kita biarkan. Anak2 akan menjadi orang yang kreatif dan pandai bertimbangrasa jika mereka diberi peluang menjadi dewasa sekali sekala. Kdg2 mereka lebih suka sbb keinginan jadi dewasa tu mmg biasa pd diri kanak2. Samalah kita dulu pun.
Suka je bila nak jadi besar dapat mekapla, pakai baju cantik2la, dpt bawak motorla dan sebagainya. So kita gunakan peluang baik itu sebaiknya. Kita ajar, nak jadi orang besar kena rajin kena buat keja orang besar bla bla bla. Dan mereka memang suka. Kena cakap selalu dgn dorg, tolong orang itu pahala. Rajin Allah sayang, malas Allah benci dan sebagainya. Anak saya yg sulung kalau ada sepupu pun dia akan cakap dan ajar benda yg sama walaupun dia baru 5tahun.

5. Masa makan pun sebenarnya waktu yang penting utk bonding bersama keluarga. Ada orang yang bila makan akan asingkan anak2 dengan kita sebab kdg2 ada yg suami tak suka masa makannya diganggu. Tapi tidak aku. Aku selalu ckp benda ni dengan suami. Kita ni bekerja. Jadi masa makan malam ni jela masa kita dengan anak2. Bila makan make sure no gadgets for everyone. Anak2 aku dok dalam babyseat dan setiap sorg ada pinggan dan cawan sendiri. Makan sendiri seawal 3 tahun. Lepas tu kami akan berborak dan tunggu mereka makan smpi habis. Adakalanya dorg nak disuap. Jadi aku akan suap juga tapi WAJIB di tempat dia duduk.
Jangan harap dorang merasa makan sambil berlari sana sini. Aku tak paham ibubapa skrg yg bg anak makan sambil berlari2. Kalau anak aku memang aku jentik. Anak2 aku asal nak berlari je wkt makan aku jerit “Eh nak pergi mana tu? Duduk sekarang! Sapa ajar makan berjalan? Ayah ckp apa? Nabi kata makan kena duduk kan? Nak masuk neraka? Bla blaaa..” Haha kejam kan? Well what to do? Have to la. Korang akan seronok bila korg bwk anak korang pg meeting 3 jam kat kedai makan tapi dia tak berlari2 atau menjerit. Semua tu mesti datang dari rumah.

6. Aku memang takkan manjakan dorang dengan toys dan gadget. Kebanyakn masa dorang adalah aktiviti dgn org sekeliling termasuk wkt buat kerja rumah, baca surat khabar sama2 atau dengan buku dan pensil warna. Sebab apa? Sebab aku nak ajar anak aku lebih dgn sensory skills dari visual saja. Mesti kena RASA dengan tangan sendiri.
Korang takkan dapat benda tu dengan gadgets. Toys ni kadang2 hanya akan ajar mereka berada dlm dunia sendiri. Sbb tu aku tak berapa galakkan. Dan bila kau selalu beli je apa saja dorang mintak, dorang takkan faham maksud besederhana. Kalau ikutkan aku mmg mampu beli apa saja dorg nak, tapi aku taknak ajar. Sekali sekala bolehla. Bagi aku toys yg mahal2 ni membazir.
Bukan dorg main lama pun. Lama2 jahanam. Beli je yg murah dan seakan2 dgn yg mahal tu asalkan dpt merasa. Dan perlulah limited. Jadi dorg tak selalu rasa dorg dpt apa dorg nak dan tak ingat org yg lbh susah. Bila dorg ada sikit, dorang akan berkongsi. Setakat ni anak2 aku tak pernah berebut mainan dia wkt sepupu2 dia main. Sbb dia tau kdg2 benda tu mgkin kwn2 atau sepupu2nya tak senang dapat so dia kesian dgn sepupu2nya. Di sekolah pun cikgu cakap anak aku tak pernah berebut mainan. Dia pulak akan beralah bila ada kwn yg takda mainan. So i guess cara tu berjaya. Rata2 anak2 yg aku nampak biasa sangat dapat apa dia nak be it toys, gadget atau apa saja, memang dorang takkan pandai berkongsi. Sbb dia fikir, dia punya so orglain tak boleh main.
Ok itulah antara tips aku didik anak. Aku memang garang. Tapi bersebab. Jangan kau pergi marah dia 24 jam, memang takkanlah dorang nak dengar. Bila marah anak, mesti waktu dia buat kesalahan tu dan2 jugak. Dan bila marah, mesti marah btul2 sampai dia serik. Bila dia buat baik, mesti reward sebagai tanda kita berterima kasih.
Kena selalu cakap dgn anak, ibu marah sbb ibu taknak anak ibu jadi nakal. Ibu nak anak ibu disayang orang, bukan dibenci orang. Kalau anak ibu nakal, mesti orang cakap ibu ayah tak pandai jaga anak. Awak tak kesian ke dengan ibu dengan ayah? Penat ibu dengan ayah ajar tapi orang salahkan ibu ayah kalau awak nakal. Time cakap tu kena lembut dan pandang mata mereka dalam2. Dorang akan faham. Kdg2 anak sulung aku yg sensitif skit tu akan menangis bila aku cakap macam tu. Pastu peluk aku kuat2.
Anak2 ni walaupun kecil, mereka faham kita marah sebab kita sayang. Dan kunci paling penting ialah korang sendiri kena BUAT. Diulangi, BUAT. Kita sendiri kena tunjuk contoh kita rajin (walaupun memang pemalas selalunya). Kita sendiri kena bersederhana. Kita sendiri kena hormati orang sekeliling. Kita sendiri kena solat 5 waktu. Kita sendiri kena cakap baik2. Dan sebagainya. Sebab children set by examples. Tak guna marah dorang tapi kita sendiri tak betul.
So tolonglah ibu bapa zaman urban ni. Rajin2la didik anak. Bukan spoil anak. Jangan malas. Jangan kira penat. Anak ni amanah Allah. Kena jaga baik2. Allah akan tanya balik kita nanti. Didikan kita semua yg akan corakkan dia bila besar. Jangan takut anak marah bila kita garang. Mereka akan berterima kasih pada kita satu masa nanti. Sama mcm kita berterima kasih dengan ibu bapa kita kerana memanusiakan kita. Tak wujud istilah alah mereka budak2 lagi. Apalah dorg tau bla bla bla. Tu hanya alasan ibubapa pemalas. Tak disiplin. Lepas tu bila anak buat perangai depan orang baru stress. Lama2 mereka takkan senang nak dibentuk lagi. Komunikasi dan contoh teladan dari kita sendiri sangatlah perlu.

Akhir kata, aku juga bukanlah ibu yg baik. Tapi aku cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Semua sebab aku sayang anak aku dan aku nak anak aku jadi manusia. Jadi manusia bukan hanya dgn kau beri semua yg dia nak, kerja bagus2 dan sebagainya. Tapi akhlaknya. Fikirlah kalau bukan sekarang kita bertindak, bila lagi? Katalah umur kita tak panjang, siapa pula nak ajar anak2 kita? Inshaa Allah klu dari kecik kita dah ajar mereka jadi manusia, dia akan ingat sampai bila2. Sbb aku sendiri sampai sekarang ingat mak aku cubit aku pasal tak kutip nasi bersepah atau tak buang sisa makanan dalam bekas penapis. Berubahlah, untuk pembangunan sahsiah anak2 kita. Sekian.
– Ibu Garang


by noreply@blogger.com (Kaki Panas) via Berita Isu Panas
Download

0 Response to "Wanita Ini Dedah 6 Tips Mendidik Anak, Garang Dalam Lembut Yang Sangat Berkesan"

Post a Comment