Sebesar Manakah Kebakaran Terburuk Di Israel?


Sebesar Manakah Kebakaran Terburuk Di Israel?



HAIFA: Hampir 50 peratus daripada kebakaran berlaku di Israel sejak Selasa adalah perbuatan khianat, Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan, memberitahu Radio Tentera, pagi tadi.

"Api dikhuatiri merebak ke kawasan baharu, bagaimanapun hingga hari ini keadaan terkawal," katanya.

Pegawai kanan bomba, Shimon Ben Ner, berkata beliau tahu mereka sengaja membakar stesen di Haifa sehingga menyebabkan jabatan bomba di Haifa menjadi lumpuh.

Sementara itu, Universiti Haifa dikosongkan pada hari ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kebakaran yang tercetus di bandar utara negara itu.

Awal pagi tadi, penduduk di utara Mount Carmel, iaitu kejiranan Romema sudah meninggalkan kediaman.

Kebakaran merebak di kejiranan Ramot Sappir, Haifa hingga menyebabkan sebuah tadika berdekatan terpaksa dikosongkan. Kebakaran turut tercetus di sebuah padang di hadapan stesen bomba di Haifa. Api dari semak samun merebak hingga ke tempat letak kereta dan gudang berdekatan hingga melintasi jalan raya.

Lebuh raya 22 dan Jambatan Paz ditutup untuk kenderaan dan polis melaporkan bahawa dua orang cedera di kawasan itu. Semua pihak berkuasa sedang bertungkus lumus mengawal kebakaran itu.

Tambahan pula, Syarikat Elektrik Israel mengisytiharkan keadaan berjaga-jaga. Syarikat pencawang dilaporkan rosak akibat kebakaran itu hingga menyebabkan bekalan elektrik terpaksa dipotong sementara bagi langkah keselamatan.


1.jpg


2.jpg


3.jpg
Sehingga hari ini, kebakaran itu masih belum dapat dikawal susulan tiupan angin yang menyebabkan api semakin marak.

Menurut media Israel, Haaretz, pihak berkuasa percaya kebakaran itu berpunca dari perbuatan khianat.

Sementara itu, pihak berkuasa Israel turut meminta pertolongan negara jiran bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Perdana Menteri Binyamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Awam, Gilad Erdan berkata pihaknya akan meminta agar Greece, Croatia, Cyprus dan kemungkinan Turki untuk menghantar jet pejuang bagi membantu memadam kebakaran yang melanda seluruh negara itu.


Sebelum ini, mahkamah israel berkata empat warga arab di Jerusalem ditahan pada pagi Khamis kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kebakaran itu namun hakim melepaskan mereka kerana kekurangan bukti.

Terbaharu, University of Haifa terpaksa dikosongkan selepas api meletus di Modi'in.


Kebakaran Israel: Puluhan Ribu Selamatkan Diri


PULUHAN ribu rakyat sedang dipindahkan dari rumah masing-masing susulan kebakaran hutan yang kini sedang menghampiri bandar Israel di Haifa.
Api semakin marak susulan angin kering yang melanda kawasan perumahan bahagian utara bandar yang mempunyai kira-kira 250,000 penduduk.
Kebakaran juga sedang menghampiri kawasan perumahan berhampiran Jerusalem dan di Tebing Barat.
Seorang menteri berkata bahawa separuh daripada kebakaran seperti “sengaja dibakar”.
Namun polis tidak mengesahkan dakwaan bahawa kebakaran itu sengaja dilakukan oleh mana-mana pihak.
Beratus-ratus anggota simpanan tentera telah dikerah untuk membantu memadamkan kebakaran.
Tiada kematian atau kecederaan serius dilaporkan.
Walau bagaimanapun perkhidmatan ambulan negara itu berkata seramai 55 orang telah dirawat kerana terhidu asap – 36 daripada mereka telah dibawa ke hospital, demikian menurut laporan akhbar Haaretz.
Jurucakap perbandaran Haifa Atau memberitahu agensi berita AFP bahawa 50,000 penduduk di bandar ini telah meninggalkan rumah mereka.


Janji Allah itu pasti
Sesungguhnya tentera Allah SWT akan datang dengan pelbagai keadaan dan rupa bentuknya. Itulah kekuasaan yang tidak boleh disaingi oleh mana-mana kuasapun. 
Kelihatan api yang marak yang sudah mula membakar selama 50 jam "menguasai" negara Israel walaupun seramai 212 anggota bomba Israel cuba memadamkannya termasuk menggunakan kapal terbang.

Adakah ini pembalasan Allah SWT terhadap kekejaman yang dilakukan termasuk yang terbaru melarang melaungkan azan di dalam Masjid. Ingatlah kekuatan manusia amat terbatas dan kesombongan akan menjadikan mereka hina.


Download

0 Response to "Sebesar Manakah Kebakaran Terburuk Di Israel? "

Post a Comment