20 Orang Gadis Didenda Tidur Atas Jalan Dan Berlari Dengan Kepala Dimasukkan Baldi




Hunan (China): Gamabr seramai dua puluh orang pelajar wanita sebuah universiti di sini didenda sedang tidur di atas padang kawad dan aksi mereka sedang berlari dengan kepala ditelengkup baldi telah menjadi viral di laman Weibo.

Mereka diperlakukan sedemikian dipercayai sebagai denda kerana gagal membersihkan bilik dengan kemas.

Lebih memalukan aksi pelajar baru di Kolej Vokasional untuk Bahasa Asing di sini itu disaksikan 2,000 pelajar lain.

Tindakan denda di universiti di China ini katakan adalah perkara biasa di mana setiap pelajar di sana wajib menyertai kursus latihan ketenteraan bagi membentuk disiplin dan semangat cintakan negara.


Dikatakan apa yang tersebar tersebut adalah hanya hukuman biasa di mana ia menjadi kebiasaan selain hukuman berlari di dalam hujan dan diherdik jurulatih sekiranya pelajar melakukan kesalahan.

Bagaimanapun ada pengguna laman sosial menganggap ia adalah sesuatu yang memalukan, tetapi bagi sebilangan pelajar, mereka merasakan denda itu ringan.

Sementara itu, pengetua kolej berkenaan mengakui hukuman seperti itu boleh mengganggu emosi pelajar.

“Kami mengarahkan jurulatih supaya tidak terlalu tegas terhadap pelajar ini bagi mengelak mereka tertekan,” katanya.
Download

0 Response to "20 Orang Gadis Didenda Tidur Atas Jalan Dan Berlari Dengan Kepala Dimasukkan Baldi"

Post a Comment