Lelaki warga asing yang menimbulkan kekecohan di Masjid Negara semalam selepas bertindak Menampar imam kesua Masjid ketika mengimamkan solat Jumaat semalam telah direman oleh pihak polis untuk siasatan.
Suspaek yang berasal dari Kashmir, India itu juga telah ditahan sebagai pendatang tanpa izin kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata, polis mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk menahan lelaki tebabit sehingga 2 Oktober ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1:45 petang semalam suspek telah bertindak menampar menampar imam bertugas, Mohd Zuhairee Mohd Yatim ketika imam berkenaan sedang mengimamkan solat Jumaat.
Berdasarkan video yang tersebar lelaki berkenaan yang datang dari saf belakang telah berjalan ke arah imam di mana dia menolak imam berkenaan sebelum menampar membuatkan imam tersentak selain dilihat cuba mengambil alih tugas mengetuai solat.
Kejadian itu membuatkan solat Jumaat terganggu sebentar.
Menurut polis lagi, lelaki 31 tahun itu kemudian ditarik keluar oleh petugas masjid dan diserahkan kepada polis bertugas.
0 Response to "Suspek Tampar Imam Tiada Dokumen Perlajalan Yang Sah Dan Kini Ditahan Reman"
Post a Comment