Khalid Ibrahim Dipelawa Sertai PAS Tapi Belum Buat Keputusan




Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui dipelawa PAS untuk menyertai parti berkenaan.

Namun begitu beliau belum membuat sebarang keputusan berkenaan tawaran itu memandangkan mahu menyelesaikan beberapa perkara bersabit pemecatannya sebagai ahli PKR dengan Perdaftar Pertubuhan (RoS).

ADUN Pelabuhan Klang itu mendakwa terdapat ketidakadilan dalam isu pemecatannya dengan parti lamanya itu.

Khalid dipecat daripada PKR pada Ogos tahun lalu selepas keengganannya melepaskan jawatan Menteri Besar sebagaimana yang diarahkan parti. 
Download

0 Response to "Khalid Ibrahim Dipelawa Sertai PAS Tapi Belum Buat Keputusan"

Post a Comment